Wednesday, July 20, 2011

Resepi - Pajeri Rebung


Ok, kali ni pun pasal makan lagi, ramai chef-chef diluar sana yang agak blur bila tanya rebung bole masak apa..... so ni satu lagi resepi yang anda bole cuba.....

Pajeri Rebung
Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
500 g rebung madu Lanchang Edible Garden
100 g kelapa parut, untuk dibuat kerisik
375 ml (1� cawan) susu rendah lemak
30 g (1 paket kecil) rempah kari daging
5 g kulit kayu manis
5 g bunga lawang
5 g bunga cengkih
20 g (3 ulas) bawang putih
150 g (10 ulas) bawang merah
10 g (2 sm) halia ditumbuk halus
45 g (3 sudu makan) gula
30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
30 g (2 sudu makan) asam jawa, dibancuh bersama � cawan air untuk mendapatkan jusnya
5 g (1 sudu teh) garam

Cara penyediaan kerisik
Goreng kelapa parut tanpa menggunakan minyak hingga kekuningan. Kemudian tumbuk/kisar sehingga lumat. Ini akan menghasilkan lebih kurang 50 g kerisik.


Cara penyediaan pajeri

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik baunya.
  2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
  3. Masukkan pula rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
  4. Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Apabila telah mendidih, masukkan susu, kerisik, gula dan garam. Kemudian kacau sehingga sebati.
  6. Masak pajeri pada api perlahan dan biarkan seketika sehingga pajeri pekat.
  7. Angkat setelah masak dan hidangkan.

Berat satu hidangan: 150 g

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN*:
NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING:

Kalori/Calorie
Lemak/Fat
Protein/Protein
Kalsium/Calcium
Kolesterol/Cholesterol
Zat Besi/Iron

307 kcal
15.0 g
8.0 g
207 mg
6 mg
4.7 mg



Thanks to Nutrition Society of Malaysia

Resipi - Rebung Goreng Pemalas


Ok, post kali ni Chef Nan Bamboo nak bagi resipi sambil tengok tv bole makan rebung goreng ala-ala snack.

Bahan-bahan (4-5 org)



  • +- 500 gm rebung madu Lanchang Edible Garden
  • segenggam ikan bilis siap d kopek
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji lada besar
  • 10-15 biji cili padi (ikut tahap ketahanan pedas anda)
  • 1/2" kunyit hidup
  • garam, gula @ perasa secukupnye
Cara-cara
  1. rebung dbersihkan, direbus hingga lembut dan hilang pahitnya. toskan
  2. ambil separuh dari ikan bilis, dan di kisar bersama dengan semua bahan2 lain kecuali garam dan gula@perasa
  3. panaskan minyak, dan tumis bahan2 kisar hingga garing. masukkan pula ikan bilis dan goreng bersama.
  4. masukkan garam, sedikit gula @ msg, masukkan rebung, dan kacau hgga air rebung kering dan garing. siap.
  5. pada pengguna MSG, mgkn x perlu guna sbb ikan bilis tu dah sedang elok dah rasanya. tpkalau nk gune gak... up 2 u.
  6. Lg satu kalau nak tambah kacang tanah pun sodappp
Selamat mencuba........

Buluh Punyai Kekuatan Anjalan


KOTA BHARU - Penggunaan buluh di negara ini belum dieksploitasi sepenuhnya dan bahan mentah itu hanya terhad digunakan dalam perusahaan perabot dan kraf tangan.

Ketua Jabatan Sumber Bumi, Fakulti Agro-Industri dan Sumber Asli (FASA) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Dr. Razak Wahab berkata, negara mempunyai 500 hektar atau lima peratus kawasan hutan yang dilitupi oleh buluh.

Bagaimanapun katanya, setakat ini, buluh hanya digunakan dalam industri perabot dan itupun menggunakan buluh mentah yang diimport dari Indonesia.

"Padahal, kajian menunjukkan bahawa bilah buluh sebenarnya mempunyai kekuatan anjalan lebih tinggi berbanding kayu jati dan meranti yang menjadi asas dalam bahan binaan di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah bertajuk 'Manfaat dan kegunaan buluh' sempena program Siri Ceramah Perdana Profesor UMK di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed; Timbalan Dekan FASA, Aweng Eh Rak dan Ketua Jabatan Agro-Industri FASA, Dr. Noor Azlina Ibrahim.

Razak berkata, dalam industri perabot sahaja, penggunaan buluh bagi penghasilan set-set perabot boleh mencecah harga ribuan ringgit kerana kualitinya.

"Tetapi, menjadi mentaliti rakyat di sini memilih hasil perabot buluh import dari negara jiran," katanya.

Beliau sehubungan itu, mencadangkan pengusaha tempatan mengambil peluang membuat produk berasaskan buluh komposit yang boleh dieksport ke luar negara.

"Indonesia setakat ini hanya mengeksport buluh mentah atau buluh yang dikerat dalam bentuk bulat sahaja. Kita sewajarnya mengambil langkah lebih luas dengan merawat dan memproses buluh untuk dieksport sebagai kayu beluti yang boleh digunakan dalam industri binaan.

"Selain mendapatkan buluh dari hutan, buluh boleh kita tanam sendiri melalui kaedah tisu kultur untuk hasil yang lebih baik dan kepakaran ini sudah ada di negara kita," katanya.

Razak berkata, buluh mempunyai potensi tinggi menggantikan industri pembalakan pada masa hadapan dan boleh digunakan dalam pelbagai lapangan termasuk menjadi bahan utama dalam pembinaan dan kejuruteraan.

Katanya, dengan perkembangan pelbagai kajian mengenai kegunaan sumber itu, aplikasi buluh secara meluas bukanlah suatu perkara yang mustahil.

Bekas Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Perhutanan Tropika Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu merupakan penerima 12 anugerah antarabangsa dan sembilan anugerah peringkat kebangsaan hasil daripada kajiannya dalam bidang sains teknologi kayu.

Antaranya, Anugerah Emas di Geneva Invention 2006 untuk ciptaan mesin rawatan haba bagi buluh dan di Ekspo Reka Cipta dan Produk Baru (Inpex) Amerika Syarikat 2008 untuk papan partikel menggunakan campuran buluh.

Inovasi Buluh



BULUH sebagai sumber alam yang banyak di negara ini berpotensi menjadi bahan kraf tangan yang bukan saja cantik, tetapi mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Secara semula jadinya, buluh juga adalah sumber antibakteria, antikulat, hipoelergenik dan lebih bersih berbanding fabrik konvensional serta melepaskan lebih banyak oksigen berbanding pokok, tetapi kurang memerlukan air dan mudah dijaga. Daripada 1,250 spesies di seluruh negara, 70 spesies buluh atau nama saintifiknya bambusa sp sudah dikenal pasti dengan 13 spesies digunakan secara meluas dalam industri kecil dan kraftangan. Bagi pembuatan kraf tangan Perabot buluh misalnya, menggunakan teknologi moden dan inovasi yang dimanfaatkan bukan saja bagi kegunaan dalam rumah tetapi juga industri landskap dan seni taman yang biarpun bercirikan tradisional, tetapi kaya sentuhan kontemporari dan memenuhi konsep suai padan. Namun, industri kraf tangan negara tidak boleh berada pada takuk lama dan perlu berdaya saing dengan produk negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang disifatkan lebih maju dari segi teknologi dan reka bentuk. Sehubungan itu, usaha Kraftangan Malaysia memajukan kemahiran dan ketukangan tradisional serta mewujudkan standard krafta ngan buluh, sememangnya dialu-alukan. Agensi itu menyediakan program bimbingan rekaan menerusi bengkel khusus bagi pembangunan produk buluh untuk membantu usahawan menghasilkan rekaan, lebih pengetahuan mengenai bahan dan penggunaan peralatan, proses pengeluaran dan kemasan produk. Penubuhan Pusat Inkubator Kraf Buluh di Simpang Pertang, Negeri Sembilan, yang menyediakan latihan jangka pendek kepada usahawan kraf tangan juga antara strategi bijak bagi memperkasakan industri ini. Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Zakiah Ahmad, berkata pusat yang beroperasi sejak Mei 2009 di kawasan seluas 1.2 hektar itu, terbabit dalam pembangunan produk kraftangan buluh, penyediaan dan pemprosesan bahan buluh, menyediakan latihan pendek dan memajukan produk bersama usahawan untuk dijadikan produk contoh di pasaran. Antara kemudahan mesin di pusat yang berciri seni bina Minangkabau ialah pemotong bilah buluh, penebuk lubang, ketam, perata, pengering serta bilik kemasan dan bengkel mengawet buluh. "Pusat ini memberi peluang kepada pengusaha mempromosikan kraf tangan buluh yang selama ini kurang mendapat publisiti. Ramai pengusaha kraf buluh tempatan gagal memasarkan produk kerana kurang promosi serta tidak tahu cara memasarkan produk dan tiada tapak untuk menjual produk mereka. "Pembukaan pusat ini mampu meningkatkan kualiti produk kerana usahawan yang mengikuti kursus disediakan dapat memanfaatkan pengetahuan baru itu untuk menghasilkan kraf buluh yang bukan saja menarik, tetapi berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran," katanya, selepas perasmian pusat itu yang disempurnakan Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, baru-baru ini. Info Penjagaan perabot buluh * Gunakan berus bulu lembut atau kain bagi membuang habuk, sekurang- kurangnya sekali seminggu. * Elak tumpahan air atau cecair di atas perabot dan jika berlaku, segeralah membersihkannya. * Gunakan kain atau span yang dicelup dalam air sabun bagi membersihkan perabot buluh. Elak penggunaan sabun pencuci mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan permukaan perabot buluh.